LELAKI maut jatuh di Kondominium Taman Datuk Senu, Sentul, semalam dalam keadaan memakai coli.
KUALA LUMPUR: Misteri menyelubungi kematian seorang lelaki yang terjatuh dari Tingkat 12 Kondominium Sentul Utama di sini, pagi semalam, apabila orang ramai menemui mayatnya dalam keadaan memakai coli berwarna kuning dan berseluar jeans.
Tiga telefon bimbit, seutas tasbih dan segugus kunci ditemui berdekatan mayat mangsa, namun tiada dokumen pengenalan diri.
Difahamkan, sebelum kejadian itu, sebuah rumah di Tingkat 12 blok berkenaan cuba dipecah masuk namun disedari tuan rumahnya.
“Lebih kurang jam 5.30 pagi, saya terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi seperti orang cuba membuka kunci pintu balkoni.
“Keadaan agak gelap tapi saya nampak seorang lelaki cuba masuk melalui balkoni dan terus menjerit dan memanggil anak saya,” dakwa wanita tuan rumah yang enggan dikenali.
Beliau yang tinggal di rumah itu bersama anak dan menantu serta seorang cucu mendakwa, sejurus dia menjerit dan memanggil anaknya, lelaki terbabit melarikan diri namun tidak pasti bagaimana penceroboh terbabit meloloskan diri.
“Unit rumah bersebelahan rumah saya tidak berpenghuni dan jerijinya tidak berkunci. Saya syak dia mungkin memanjat ke balkoni rumah saya melalui balkoni rumah itu.
“Saya tidak tahu ada lelaki terjatuh sehinggalah diberitahu jiran. Saya juga tidak pasti sama ada lelaki terjatuh itu adalah lelaki sama yang cuba memecah masuk rumah saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment