Sunday, November 28, 2010

Bas rempuh enam kenderaan, 20 penumpang lalui detik cemas


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA TERENGGANU: Kira-kira 20 penumpang penumpang sebuah henti-henti dari Paka ke sini melalui detik-detik mencemaskan apabila bas, yang mereka naiki mengalami masalah brek, merempuh enam buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di hadapan sebuah stesen minyak di Batu Buruk.
Kejadian yang berlaku kira-kira 3.15 petang mengakibatkan pemandu sebuah kenderaan terbabit, seorang wanita berusia 20-an mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan untuk rawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Bagaimanapun kesemua pemandu kenderaan lain dan penumpang bas tidak mengalami kecederaan.
Seorang saksi, Nur Shamini Mat Lazim, 21, yang juga penumpang bas itu, berkata semasa kejadian dia sedang tidur apabila tiba-tiba terdengar satu bunyi dentuman yang kuat.

"Apabila saya tersedar saya lihat beberapa kenderaan telah melintang di hadapan bas yang saya naiki," katanya yang merupakan pelajar sebuah kolej di Setiu.

Nur Shamini berkata keadaan menjadi kelam kabut apabila penumpang bas berebut-rebut untuk turun kerana takut kejadian lebih teruk akan berlaku manakala pemandu bas pula tidak kelihatan.

Seorang lagi penumpang bas, Nur Azleen Rozelan, 18, akibat pelanggaran itu, dia mengalami sedikit kecederaan apabila kepalanya terhantuk pada kerusi hadapan.-- Bernama
PKR Akan Hilang Selangor PRU-13 Jika Berpecah Dan Tidak Ambil Iktibar Terengganu 2004


PETALING JAYA 28 NOV : Pakatan Rakyat (PR) kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13 di Selangor jika tidak bersatu padu dan mengambil iktibar Terengganu pada 2004, tegas Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.
Lim Kit Siang juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan.
"Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?" kata Lim ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.
"Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999.
"Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri," kata Lim.
"Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN," kata beliau.
Lim juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN akan menang balik Selangor memandangkan PR berada dalam keadaan tunggang-langgang.
Kata beliau, baru-baru ini selepas pilihan raya kecil serentak Galas dan Batu Sapi, Dr Mahathir memberitahu bahawa BN berupaya untuk menawan satu atau dua negeri daripada penguasaan PR atas alasan pembangkang berada dalam kelam-kabut tetapi BN tidak mampu memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.
Kata Lim, bukan sesuatu yang rahsia satu dua negeri yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebenarnya merujuk kepada Selangor.
Malah dalam ucapannya, Lim juga mengulangi seruan Yong agar semua pihak merapatkan kerjasama untuk memastikan PR boleh mengekalkan kuasa di negeri Selangor.
Lim juga meminta perwakilan menghantar mesej perpaduan dan memastikan kemenangan ahli-ahli DAP yang berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor pada pemilihan parti hari ini.
"Mesej itu akan tercalar jika pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak menerima mandat dan sokongan penuh daripada konvensyen," katanya

Friday, November 26, 2010

banjir di kedah

Bencana Alam Mula Menimpa Malaysia – Banjir Di Kedah, Banjir Kilat di Penang & Tanah Runtuh di Penang

Posted on the September 8th, 2008 under bencana + alam by KNizam
semalam aku tengok dalam berita
dah mula ada bencana alam kat negara kita
bencana sebegini berlaku tanpa diduga. berlaku dalam bulan ramadhan pula kan

aku turut simpati dengan mereka2 yang terlibat ie mangsa banjir di kedah dan penang
di penang siap ada tanah runtuh lagi.
dan tatkala bencana menimpa negara kita, ada pula wakil rakyat yang berada di luar negara ya !
ramai pula yang pergi tuh kan. huhu
walau apa pun alasan mereka untuk ke luar negara (mungkin nak mengelak 16 sep 2008), memang tidak boleh diterima di saat rakyat di utara semenanjung menanggung duka dek kerana bencana alam yang menimpa. what more dalam bulan puasa lagi !
tapi bencana yang menimpa mungkin tidaklah seteruk taufan ike yang bakal melanda haiti di cuba. taufan yang mengganas bakal merosakkan banyak harta benda kan.