Cukup-cukuplah nak diangkat penjaga gol kebangsaan ini, Khairul Fahmi Che Mat. Memang betul seluruh Malaysia sudah akui yang penjaga gol kebangsaan ini telah berjaya mengharumkan nama negara dengan aksi tangkasnya mengawal pintu gol Malaysia tempoh hari. Bukan setakat itu sahaja, dalam dunia online juga nama Khairul Fahmi menjadi antara yang popular di laman Twitter mahupun Facebook untuk beberapa jam.
KOTA BHARU – Populariti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa. Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul Fahmi dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.Malahan ada laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar. Sebuah laman web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul Fahmi.Laman web itu menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia menjulang kejuaraan. Kecemerlangan dan ketenangan Kahirul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus kelab tersebut. Ferguson melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang pengaja gol terbaik yang pernah dilahirkan.“Sekiranya dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan pengaja gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar (Belanda). “Van Der Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol dan dia (Khairul Fahmi) ialah calon terbaik masa ini,” katanya.Bagaimanapun, berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia bukan laman rasmi kelab tersebut. Begitupun, ia tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi. Menurutnya, sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain dalam kelab tersebut. Ini kerana katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti penjaga gawang terbaik dunia.“Saya masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar atau pun Casilas,” katanya. Sebelum ini, Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter. Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Tim nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia. Khairul Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.Laman Facebook beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan. BERITA HARIAN
Hai…dah nama pun, bukan website rasmi Manchester United. Baru menang satu piala, takkan Manchester United terus nak sambar Khairul Fahmi sebagai penjaga gol utama Manchester Utama. Logiknya begitu. Manchester United bukannya satu pasukan RM2. Tomasz Kuszczak pun tak mampu nak caras Van Der Sar buat masa ini.
Tiada niat nak mempertikaikan kewibawaan Khairul Fahmi dan juga tidak boleh dilupakan juga keringat dan pengorbanan pemain-pemain lain dalam skuad kebangsaan sekarang. Pujian melambung-lambung, janji sokongan berterusan kepada pasukan bola kebangsaan termasuk juga imbuhan telah diberikan. Tetapi, berikanlah mereka termasuk Khairul Fahmi ini ruang untuk meneruskan tumpuan dalam skuad kebangsaan juga pasukan negerinya.
No comments:
Post a Comment