Wednesday, January 26, 2011

Permata Negara campur urusan kementerian lain

 
21 Safar 1432H
Oleh : Dr Rajiee Hadi.

DALAM bajet 2011 yang diumumkan Oktober lalu, PM Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini memberi peruntukan sebanyak RM111 juta daripada Perbendaharaan kepada projek Permata Negara (PN) 2011 yang dipromosikan oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Bayangkan seandainya RM111 juta itu diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar bumiputera dan pelajar-pelajar miskin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), alangkah bagusnya mententeramkan jiwa generasi muda agar boleh menumpukan pengajian sepenuhnya tanpa memikirkan masalah kewangan yang boleh menjejaskan prestasi akademik mereka.

Projek PN disasarkan untuk melatih kanak-kanak yang dikatakan pintar di peringkat prasekolah. Projek ini seolah-olah mempertikaikan atau memperlekehkan program prasekolah yang kini telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Bahkan program prasekolah juga telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat (KPWKM) di bawah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas.

Program PN seolah-olah kelangsungan kelas lompat kanak-kanak pintar yang terpaksa dibatalkan pelaksanaannya setelah projek printisnya menemui kegagalan semasa Najib Razak selaku Menteri Pendidikan ketika itu. Apakah ini adalah manifestasi kelangsungannya semula?

Projek PN juga memberi impak pada jangka masa panjang. Apa tidaknya, ini melebarkan kelas sosial dalam struktur masyarakat. Walhal Falsafah Pendidikan Negara itu mahu merapatkan segala jurang perbezaan yang mana menuju ke arah perpaduan. Kita tidak mahu projek ini memisahkan dunia kanak-kanak dengan dunia realti sebenarnya.

Bahkan harus diingat; pendidikan itu proses sepanjang hayat. Pintar di tahap permulaan bukanlah bermakna penentu di penghujungnya. Jangan kerana nafsu besar golongan dewasa, anak-anak kecil diajar dengan taraf kelas sosial antara yang kaya dengan miskin, yang di bandar dengan luar bandar, anak-anak menteri dengan anak pembantu am rendah,yang pintar dengan yang lembam dan sebagainya.

Projek PN juga bagaikan mencampuri urusan pendidikan yang sepatutnya di bawah seliaan KPM. Kita tidak mahu kerana campur tangan banyak pihak, anak-anak kecil akan menjadi mangsa perlumbaan, pergelutan dan pergeseran dek politiking pihak atau individu yang berkepentingan

Tuesday, January 25, 2011

Usul Pindaan di tolak tanda UMNO lebih awal terkubur di Selangor

 


20 Safar 1432H.
Oleh: WFAUZDIN NS

RAKYAT Selangor serta seluruh rakyat di negara ini telah menjadi saksi bagaimana usul pindaan untuk mengembalikan kuasa Sultan Selangor khususnya ditolak oleh golongan hipokrit. Mereka mencari seribu alasan untuk menolak usul ini bukan mencari alasan positif untuk menyokongnya. Kini, baru kita semua sedar siapa sebenarnya Umno dan apa tujuan Umno selama ini menuduh Kerajaan PR Selangor sebagai penderhaka Sultan.

Syabas dan tahniah buat Kerajaan Negeri Selangor terutamanya kepada MB Selangor yang berusaha sedaya upaya untuk mendaulatkan kembali kuasa Sultan. Sekurang-kurangnya harapan saki baki mereka (jika ada) yang kepingin sangat untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno terkubur dengan peristiwa pagi semalam. Umno memperlihatkan bahawa parti ini tidak patut dijadikan teman sebantal walaupun atas alasan perpaduan Melayu atau Islam. Golongan yang membelakangkan institusi raja wajar dipinggirkan.

Apa pun, Kerajaan PR Selangor tidak berhenti setakat ini. Seperti yang diperkatakan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana Kerajaan PR sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal. Katanya lagi, "Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (Kerajaan) Persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya (Malaysiakini)

Kita sedia maklum, Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang paling maju di negara ini dan begitulah juga pemikiran rakyat di negeri ini. Mungkin di sesetengah tempat terutamanya di kawasan Felda, mereka masih kabur dengan agenda Kerajaan PR kerana mereka masih dikongkong. Seandainya kongkongan terhadap mereka boleh diatasi oleh Kerajaan PR Selangor, nescaya harapan Umno untuk bertapak di negeri ini menjadi seperti harapan Umno di Kelantan. Jika Kelantan sebuah negeri yang jauh kebelakang jika dibandingkan dengan Selangor dari segi kekayaan dan kemajuan masih mampu bertahan selama lebih 20 tahun, apakah Selangor tidak boleh mencapai setahap itu?

InsyaAllah, berkat usaha gigih PR di Selangor serta kebijaksanaan MB Selangor, negeri terkaya ini tetap menjadi aset penting buat PR selepas Kelantan. Jika kita berusaha gigih tanpa menghiraukan perbezaan pendapat sesama kita yang remeh temeh, nescaya Umno bakal terkubur lebih cepat dari tarikh Pilihanraya Umum ke 13./wfauzdin.blogspot.com

Sunday, January 23, 2011

Bersalam: Soi Lek, Lian Hoe wajar mohon maaf

 
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) negeri Perak yang mempertikaikan calon PAS, Normala Sudirman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang berhubung isu bersalam.
Sehubungan itu, naib ketuanya, Salman Saleh mendesak Pengerusi MCA negeri yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen Kawasan Gerik yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan, Datuk Seri Tian Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memohon maaf mengenai isu tersebut.
“DPPN Pk menegaskan dan menyokong pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menyifatkan kenyataan isu bersalam tersebut adalah menghina Islam,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, Soi Lek juga pernah mengeluarkan kenyataan semasa Hari Raya Haji di Kelantan baru-baru ini yang sunyi berikutan kebanyakan kedai-kedai perniagaan ditutup tidak mengambil iktibar kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.
Manakala Lian Hoe terus mempertikai isu bersalam yang jelas tiada kefahaman terhadap agama Islam yang gagal dijelaskan dengan baik di dalam BN itu sendiri walaupun negara sudah mencapai lebih 50 tahun  merdeka.
Sehubungan itu, beliau mendesak Umno negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan Soi Lek dan Lian Hoe berhubung kenyataan mengenai bersalam itu.
Katanya, kedua-dua pemimpin itu perlu memohon maaf seperti mana saranan Harussani agar lebih menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini.
“Jika Zambry gagal menasihatkan mereka, jelas bahawa Umno memang membiarkan orang bukan Islam tidak faham terhadap kebaikan Islam yang sebenarnya,” katanya.

Isteri maut jip terbabas masuk longkang

 
2011/01/24

KUANTAN: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas di KM46.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 3.50 pagi semalam.

Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Mohd Najid Jusoh, berkata Allya Abu Bakar, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.
"Mangsa bersama suami dan tiga anaknya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Suami dan anak mangsa hanya cedera ringan.
"Sampai di tempat kejadian kenderaan yang dipandu suami mangsa telah terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam longkang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, nahas dipercayai berpunca apabila suami mangsa cuba mengelak kenderaan lain yang memasuki laluannya. - BERNAMA

Thursday, January 20, 2011

Bantu siasat Khir: S'gor dedah projek RM273 juta

 

14 Safar 1432H.

Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.
Projek rundingan terus

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.
Bantu siasatan

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

Sunday, January 16, 2011

Nik Aziz mujaddid abad ini - Dr Dzulkefli

 
  

SHAH ALAM, 16 Jan: "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.

Dr Dzulkefli berkata demikian dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama dekat sini malam semalam.

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya adalah Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily.

Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku ini.

Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddin abad ini," kata beliau.

Sementara itu, di majlis bersama bloggers yang dibuat di sebuah hotel dekat ibu negara, Nik Aziz terus memperingatkan betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya.

Menurut Nik Aziz, beliau telah mengambil pendekatan berbeza.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata," kata beliau di majlis itu.

Bagi Dr Dzulkifli, Tuan Guru Nik Aziz terkenal kerana kesungguhan beliau untuk meluaskan sayap Islan ini kepada orang bukan Islam dalam konteks sekarang.

Kalau dahulu, dakwah Islam ini disebarkan kepada orang luar dari kawasan Islam melalui dakwah dan juga peperangan, tetapi orang Islam sekarang seolah-olah meminggirkan orang bukan Islam.

Antaranya dengan cara menghalang mereka memasuki masjid dan majlis orang Islam.

"Dalam dunia moden ini, Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang membuat pendekatan untuk merapati orang bukan Islam ini," kata Dr Dzulkefli

PAS sambut baik titah Sultan Kedah

 
 
ALOR SETAR, 17 Jan: PAS menyambut baik titah dan saranan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah agar rakyat berwaspada dan menolak sebarang percubaan pihak tertentu yang melibatkan istana dalam apa-apa isu berbangkit.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-darjah serta Bintang-bintang Kebesaran sempena ulang tahun ke-83 keputeraan baginda di Istana Anak Bukit, semalam.
Pada majlis istiadat itu baginda bertitah mengingatkan rakyat agar memelihara keamanan serta menumpukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan tidak perlu gusar tentang ancaman atau gangguan keselamatan ke atas mereka.
"Peristiwa yang berlaku di beberapa tempat lain akan menyebabkan timbulnya perpecahan di kalangan rakyat kerana kadangkala permainan politik tidak mengambil kira ketenteraman awam dan kecetusan huru-hara," titah baginda.
Menurut Mahfuz, Sultan Kedah yang berpengalaman luas dan bakal menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Oktober nanti pastinya melihat gejala ini sebagai yang membimbangkan dan boleh menyebabkan keamanan dan kesejahteraan rakyat diganggu gugat.
Mahfuz berpendapat, kebimbangan baginda terhadap pihak tertentu dan isu berbangkit yang dimaksudkan dalam titah tersebut adalah merujuk kepada tindakan pemimpin Umno mengheret institusi istana dalam pertembungan politik di beberapa negeri kebelakangan ini.
"Titah baginda itu pastinya merujuk kepada pertelingkahan politik di Perak dua tahun dulu hingga mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah mengikut amalan demokrasi.
"Begitu juga dengan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini, juga mengenepikan kerajaan yang sah dan mengheret raja untuk menghalalkan perbuatan mereka," katanya.
Ekoran itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengingatkan mana-mana pemimpin politik terutamanya dari kalangan Umno yang dilihat rakus mengheret institusi istana dan raja-raja ke kancah politik mereka agar menghentikan tindakan tidak beradab itu.
"Pertembungan politik biarlah ahli politik yang bertarung sesama ahli politik, jangan seret institusi raja-raja dan jangan calarkan imej serta kemuliaan istana untuk agenda politik kepartian Umno," tegasnya.

Friday, January 14, 2011

Keahlian Dr Khir digantung

 

Sultan Sharafuddin buat keputusan selepas ambil kira tuduhan serius dihadapi bekas MB

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah menitahkan penggantungan keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) dengan gelaran Datuk Seri yang disandang bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata tindakan penggantungan darjah kebesaran yang diterima Dr Mohamad Khir pada 2001 itu dilakukan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Disember tahun lalu.
Beliau berkata, perkara itu akan disemak semula selepas mahkamah memutuskan bekas Menteri Besar itu tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Katanya, turut dikenakan tindakan sama ialah Pengarah Ditamas Sdn Bhd (Ditamas), Shamsuddin Haryoni yang menerima darjah kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk pada 2002.

“Sultan Selangor berkenan membuat keputusan itu selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada persidangan kali ke-129, Selasa lalu.

"Baginda membuat keputusan ini selepas mempertimbangkan kesalahan yang dituduh terhadap mereka adalah serius kerana membabitkan kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.
Mohd Khusrin berkata, tindakan ke atas Dr Mohamad Khir diambil berikutan pertuduhan dihadapinya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, manakala Shamsuddin pula dituduh mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 109 kanun sama di mahkamah sama.

Kelmarin, Dr Mohamad Khir yang sebelum ini melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkata Dewan Diraja Selangor berkenan menerima pemulangan pingat darjah kebesaran SPMS.

Katanya, beliau menghantar surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memulangkan sementara pingat berkenaan pada pertengahan bulan lalu.

Dr Mohamad Khir sebelum ini didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Nombor 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Shamsuddin pula didakwa bersubahat dengan bekas Menteri Besar itu untuk melakukan kesalahan berkenaan di tempat dan masa sama.

Pada 6 Januari lalu, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini

Warga asing kahwin profesional ditawar taraf penduduk tetap


 
TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menawarkan taraf penduduk tetap (PR) kepada warga asing yang berkahwin dengan golongan profesional rakyat Malaysia di luar negara yang bercadang kembali berkhidmat di tanah air.


Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah antara insentif kerajaan bagi menarik golongan berkemahiran tinggi itu pulang ke tanah air dalam usaha transformasi ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.
“Kerajaan bersikap terbuka dan fleksibel dalam memberikan taraf PR kepada warga asing yang berkahwin dengan golongan profesional rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.
“Kita tidak mahu memisahkan mereka......suami atau isteri bekerja di Malaysia, pasangan berada di negara asing. Oleh itu, kita tawarkan taraf PR kepada pasangan rakyat Malaysia yang mengikut suami atau isteri masing-masing kembali berkhidmat di tanah air,” katanya.

Beliau menjawab soalan seorang pelajar pada majlis makan malam bersama pelajar dan rakyat Malaysia di sini, malam kelmarin. Hadir sama isterinya, Puan Seri Norainee Abdul Rahman dan Konsul Jeneral Malaysia di New York, Mohd Jamruni Khalid.

Muhyiddin berkata, dalam pemberian PR itu, pasangan mereka yang juga rakyat Malaysia mestilah layak dan mempunyai kemahiran tinggi dalam membantu negara menjadi negara maju menjelang 2020.

“Mereka juga perlu mempunyai ‘ramuan’ yang memenuhi kehendak kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga fleksibel dalam memberikan taraf PR kepada golongan profesional warga asing, termasuk baru-baru ini memberikannya kepada beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) asing yang dilihat boleh membantu pembangunan negara.

“Mereka terkejut dan tidak menyangka menerima tawaran (PR) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Menjawab soalan lain, Timbalan Perdana Menteri berkata, Talent Corporation (Talent Corp) ditubuhkan bertujuan menarik minat rakyat Malaysia berkemahiran tinggi di luar negara untuk pulang berkhidmat di Malaysia dan bertanggungjawab sebagai perantara antara kumpulan sasaran berkenaan dengan agensi kerajaan, termasuk membuat padanan pekerjaan

Thursday, January 13, 2011

Lelaki bercoli jatuh kondo


  LELAKI maut jatuh di Kondominium Taman Datuk Senu, Sentul, semalam dalam keadaan memakai coli.
LELAKI maut jatuh di Kondominium Taman Datuk Senu, Sentul, semalam dalam keadaan memakai coli.
Mangsa parah di muka, tangan

KUALA LUMPUR: Misteri menyelubungi kematian seorang lelaki yang terjatuh dari Tingkat 12 Kondominium Sentul Utama di sini, pagi semalam, apabila orang ramai menemui mayatnya dalam keadaan memakai coli berwarna kuning dan berseluar jeans.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Shanizam Aman, 25, dari Taman Datuk Senu di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka, tangan dan kaki.
Seorang saksi mendakwa melihat mangsa terjatuh ke atas alat pemancar Astro di tingkat dua bangunan itu sebelum terhempas ke atas lantai berhampiran kolam renang.

Tiga telefon bimbit, seutas tasbih dan segugus kunci ditemui berdekatan mayat mangsa, namun tiada dokumen pengenalan diri.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, sebuah rumah di Tingkat 12 blok berkenaan cuba dipecah masuk namun disedari tuan rumahnya.

“Lebih kurang jam 5.30 pagi, saya terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi seperti orang cuba membuka kunci pintu balkoni.
“Keadaan agak gelap tapi saya nampak seorang lelaki cuba masuk melalui balkoni dan terus menjerit dan memanggil anak saya,” dakwa wanita tuan rumah yang enggan dikenali.

Beliau yang tinggal di rumah itu bersama anak dan menantu serta seorang cucu mendakwa, sejurus dia menjerit dan memanggil anaknya, lelaki terbabit melarikan diri namun tidak pasti bagaimana penceroboh terbabit meloloskan diri.

“Unit rumah bersebelahan rumah saya tidak berpenghuni dan jerijinya tidak berkunci. Saya syak dia mungkin memanjat ke balkoni rumah saya melalui balkoni rumah itu.

“Saya tidak tahu ada lelaki terjatuh sehinggalah diberitahu jiran. Saya juga tidak pasti sama ada lelaki terjatuh itu adalah lelaki sama yang cuba memecah masuk rumah saya,” katanya.

Istana berkenan terima pemulangan pingat Khir Toyo

 

Dr Khir minta media gugur  gelaran.
Dr Khir minta media gugur gelaran.
SHAH ALAM: Dewan Diraja Selangor semalam berkenan menerima pemulangan pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, berkata beliau menghantar surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memulangkan sementara pingat berkenaan pada pertengahan bulan lalu.
“Surat ini dibuat berikutan kes saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa.
“Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung,” katanya dalam blognya, semalam.

Berikutan itu, Dr Mohamad Khir meminta media serta penganjur program menggugurkan nama Datuk Seri daripada pangkal namanya, bermula semalam.

Dr Mohamad Khir sebelum ini didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Shamsuddin pula didakwa bersubahat dengan bekas Menteri Besar itu untuk melakukan kesalahan berkenaan di tempat dan masa sama.

Pada 6 Januari lalu, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini

Monday, January 10, 2011

Kontraktor Melayu cakap tak serupa bikin

 
6 Safar 1432H.

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 10 Jan: Kerajaan negeri ada rakaman video menunjukkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohmad Fadzil Hasan memohon maaf dan menarik balik semua kenyataan akhbar memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang media di pejabatnya tengah hari tadi tidak menyangka Fadzil bercakap 'tidak serupa bikin' apabila bertindak menafikan kenyataannya dalam akhbar arus perdana semalam.

“Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkanya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya.

Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar.

Pada 7 Januari lalu, Mohamed Fadzil dengan rombongan telah berbincang dengan Ketua Menteri sendiri sebelum bertindak memohon maaf secara terbuka pada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri kerana sering melemparkan kenyataan yang kadang-kadang tidak munasabah.

Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan, Kontraktor Melayu Pulau Pinang acapkali mengeluarkan kenyataan pedas kononnya kerajaan pimpinan Lim menafikan projek untuk orang Melayu sedangkan pada tahun 2008 hingga 2010 di mana 18 projek melibatkan Jabatan Parit dan Saliran diperolehi oleh Melayu melibatkan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor melayu dan hanya satu bukan Melayu.

Sunday, January 9, 2011

Lebih 3,000 Mangsa Banjir Di Kelantan Dipindahkan

 

KOTA BAHARU 9 JAN : Keadaan banjir di Kelantan pagi ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan meningkat kepada 3,441 orang manakala keadaan banjir di Terengganu semakin pulih.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata sebanyak 27 pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan kesemua mangsa banjir dari enam daerah iaitu Bachok, Kota Baharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

"Sehingga pukul 8.30 pagi ini, mangsa banjir terus meningkat kepada 3,441orang berbanding 2,777 orang malam semalam. Kesemua mereka melibatkan 1,011keluarga," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata daerah Pasir Mas paling teruk terjejas dengan 16 pusat pemindahan dibuka manakala enam pusat di Kota Baharu, dua pusat di Tumpat dan masing-masing satu di Bachok, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan di daerah Pasir Mas iaitu KM3 Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan lama) Kampung Siram, Pohon Tanjung-Meranti, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan KM24 Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang

Jurucakap itu berkata paras air Sungai Golok masih melebihi paras bahaya 9 meter bagaimanapun telah menurun kepada 10.22 meter berbanding 10.32 meter yang dilaporkan semalam. 

Hati-hati JPJ kini ada dimana ????




5 Safar 1432HM
Oleh: Dr Azman Ibrahim

Berita Harian sekejap tadi (09/01/11) melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.

Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.

Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung. Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.

Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

Friday, January 7, 2011

Tonton video anak diperkosa


TEMERLOH: Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau.
Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya.


Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terkejut dengan berita itu bertindak mencari penyebar rakaman terbabit dan menemui seorang lelaki yang masih menyimpan rakaman itu sebelum menyaksikannya sendiri.

Bapa mangsa yang berusia 40-an memberitahu mengenai klip video berkenaan kepada isterinya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 29 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, susulan laporan bapa mangsa, duda terbabit ditahan di rumahnya pada 30 Disember lalu sebelum dibawa ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan.

Katanya, pada masa sama, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk pemeriksaan lanjut.

Md Nor berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang mempunyai rakaman aksi berkenaan dan dihantar ke bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk pemeriksaan lebih teliti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogo

Pintu BAM tertutup

     pix_gal0

Kebanyakan exco sudah hilang sabar dengan kerenah Misbun, mahu Nadzmi bertegas

MAJORITI exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu Presiden Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh bertegas dan menerima peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek.

Kata mereka, Misbun tidak menghargai banyak kelonggaran yang sudah diberikan kepadanya dan BAM sendiri sudah banyak bertolak ansur.
Sehubungan itu, BAM harus menerima dengan hati terbuka permintaan jurulatih itu termasuk kemahuan pemain perseorangan utama dan nombor satu dunia, Lee Chong Wei yang mahu mengikut jejak langkahnya keluar daripada naungan BAM.
Exco BAM, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah yang juga pengurus skuad Piala Thomas/Uber 2010 lalu berkata, dia bersetuju sekiranya BAM menerima peletakan Misbun kerana yakin ia tidak menjejaskan kewibawaan dan sistem kejurulatihan dan latihan dalam badan induk itu.

“Ramai exco berpendapat BAM perlu tegas dan menerima peletakan jawatan Misbun serta tidak tunduk kepada kerenahnya. Kita mesti tegas dan berani berubah kerana hanya disiplin dan kesungguhan menjadi penentu kejayaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mana-mana jurulatih di dunia boleh melatih pemain yang sudah mencapai taraf dunia seperti Chong Wei, seperti yang dilakukan Misbun ketika ini.

“Kita akan membincangkan isu Misbun ini pada mesyuarat exco Rabu ini dan kita membuat keputusan akan menerima peletakan jawatannya,” katanya lagi.
Pendirian tegas exco BAM itu harus memberi isyarat jelas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu apabila dijadualkan mengadakan pertemuan enam mata dengan Mohd Nadzmi dan Misbun, esok.

Misbun melakukan kejutan menjelang Tahun Baru apabila menghantar surat meletak jawatan menerusi emel tanpa menyatakan sebarang alasan

Wednesday, January 5, 2011

Khairul Fahmi Penjaga Gol Manchester United?

  • digg

  • 106
  • Ema
khairul fahmi Khairul Fahmi Penjaga Gol Manchester United?
Cukup-cukuplah nak diangkat penjaga gol kebangsaan ini, Khairul Fahmi Che Mat. Memang betul seluruh Malaysia sudah akui yang penjaga gol kebangsaan ini telah berjaya mengharumkan nama negara dengan aksi tangkasnya mengawal pintu gol Malaysia tempoh hari. Bukan setakat itu sahaja, dalam dunia online juga nama Khairul Fahmi menjadi antara yang popular di laman Twitter mahupun Facebook untuk beberapa jam.
KOTA BHARU – Populariti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa. Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul Fahmi dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.
Malahan ada laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar. Sebuah laman web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul Fahmi.
Laman web itu menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia menjulang kejuaraan. Kecemerlangan dan ketenangan Kahirul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus kelab tersebut. Ferguson melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang pengaja gol terbaik yang pernah dilahirkan.
“Sekiranya dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan pengaja gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar (Belanda). “Van Der Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol dan dia (Khairul Fahmi) ialah calon terbaik masa ini,” katanya.
Bagaimanapun, berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia bukan laman rasmi kelab tersebut. Begitupun, ia tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi. Menurutnya, sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain dalam kelab tersebut. Ini kerana katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti penjaga gawang terbaik dunia.
“Saya masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar atau pun Casilas,” katanya. Sebelum ini, Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter. Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Tim nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia. Khairul Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan. BERITA HARIAN
khairul fahmi 2 Khairul Fahmi Penjaga Gol Manchester United?
Hai…dah nama pun, bukan website rasmi Manchester United. Baru menang satu piala, takkan Manchester United terus nak sambar Khairul Fahmi sebagai penjaga gol utama Manchester Utama. Logiknya begitu. Manchester United bukannya satu pasukan RM2. Tomasz Kuszczak pun tak mampu nak caras Van Der Sar buat masa ini.
Tiada niat nak mempertikaikan kewibawaan Khairul Fahmi dan juga tidak boleh dilupakan juga keringat dan pengorbanan pemain-pemain lain dalam skuad kebangsaan sekarang. Pujian melambung-lambung, janji sokongan berterusan kepada pasukan bola kebangsaan termasuk juga imbuhan telah diberikan. Tetapi, berikanlah mereka termasuk Khairul Fahmi ini ruang untuk meneruskan tumpuan dalam skuad kebangsaan juga pasukan negerinya.

MINYAK PETROL RON 97 NAIK LAGI





Harga minyak Petrol RON97 akan naik lagi RM 0.10 seliter mulai 12.00 tengah malam ini dari RM 2.30 kepada RM 2.40 seliter. Kenaikkan ini dilihat dari jangkaan kenaikan yang akan berterusan kepada RON97 yang akan mencecah harga kepada lebih RM 3.00 seliter pada penghujung tahun ini mengikut satu maklumat yang saya perolehi.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 masih kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Selain itu minyak Petrol RON95 juga akan mengalami beberapa kali kenaikan pada tahun ini pada kadar yang belum dipastikan lagi menurut sumber yang kami perolehi juga.

Inilah hadiah tahun baru 2011 untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday, January 4, 2011

6 lelaki terlibat kes bunuh ditahan dalam tempoh 24 jam

 
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Enam lelaki bekas penagih dadah ditahan tidak sampai 24 jam selepas dipercayai terlibat dalam satu kes pembunuhan seorang tukang cuci di Jalan Pandan Indah, Ampang di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kesemua
mereka, berumur 22 hingga 45 tahun, ditahan dalam satu operasi di Jalan Chow Kit
pada hari kejadian.

"Kira-kira jam 10.30 pagi 1 Januari itu, kami menerima maklumat berhubung

penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah kedai yang menempatkan asrama
untuk penghuni bekas penagih dadah sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Jalan
Pandan Indah itu.

"Mayat berumur 37 tahun itu merupakan tukang cuci dan juga bekas penagih.
Mayat kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM) untuk bedah siasat," katanya.

Amiruddin berkata hasil laporan bedah siasat mendapati ada kesan hentakan
kuat di kepala mangsa dan satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan suspek yang
terlibat.

Katanya siasatan lanjut berjaya mengesan seorang suspek utama, 33, yang
berkeliaran di Jalan Chow Kit kira-kira jam 2 petang sebelum menahannya 45
minit kemudian.

Hasil siasatan lanjut, lima lagi suspek berjaya ditahan di kawasan sama
tidak lama selepas penahanan suspek pertama itu.

Amiruddin berkata kesemua yang ditahan merupakan bekas penagih dan siasatan
mendapati kejadian berpunca daripada salah faham.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Saturday, January 1, 2011

Orang Melayu mesti tutup aurat di masjid



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.

Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.

Mengulas komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.

“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.

“Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.

“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang. Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

 
01/01/2011 5:58pm

KUALA LUMPUR — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama

Ops Samseng di Kedah: Lima remaja ditahan


ALOR SETAR — Polis menahan lima remaja dalam Ops Samseng Jalanan di Ambang Tahun Baru kerana disyaki terlibat dalam kegiatan merempit di sekitar bandar malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd. Jan berkata, operasi itu dilakukan dari Tandop menghala ke Jalan Lencongan Barat dekat sini kira-kira 4 pagi.
"Hasil siasatan mendapati empat motosikal yang digunakan adalah motosikal curi dan mereka telah mengubah suai bentuk motosikal tersebut. Walau bagaimanapun, ujian air kencing menunjukkan mereka bebas dari pengaruh dadah,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, polis mengejar remaja berkenaan selepas melakukan pemerhatian ke atas kumpulan yang sedang berlumba itu dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menahan mereka.
Adzaman berkata semua suspek yang sudah tidak bersekolah itu telah ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengankutan Jalan.
Dalam operasi itu, sebanyak 109 motosikal dan empat kereta disita manakala 208 saman dikeluarkan.

ISRAEL yang Kurang Ajar

Beberapa penduduk tempatan dan ribuan polis Israel berkumpul di Masjid bagi membuat sekatan terhadap penduduk Islam dari memasuki kawasan runtuhan.
Pertempuran berlaku apabila penduduk-penduduk Islam mendapat tahu tentang masjid yang hendak dirobohkan dan cuba menghalang aktiviti berkenaan.
Dah la polis Israel lepaskan gas pemedih mata, lepas tu boleh pulak diorang tangkap orang yang sedang berjemaah tarik bawak keluar dari masjid sampai lah operasi meroboh selesai.
Alasan untuk merobohkan masjid tersebut adalah kerana sebuah mahkamah tempatan mengeluarkan warab mengatakan masjid tersebut dibina tanpa permit. Padahal, masjid itu dibina bagi memerangi masalah dadah dan penyeludupan serta jenayah.
Tapi pihak Israel beranggapan bahawa masjid tersebut menjadi markas aktiviti terbabit. Perbuatan pihak Israel ni semakin lama semakin melampau. Sampai rumah suci orang Islam pun dia berani robohkan.
Tak mustahil satu hari nanti, Masjidil Aqsa, diorang akan robohkan dengan bagi alasan yang tak munasabah. Sampai bila kita nak tengok sitausi begini.
Keliling Israel semua negara Arab yang majoriti beragama Islam. Tapi diorang pun tak mampu nak buat apa-apa. Dunia akhir zaman