Wednesday, December 29, 2010




KUALA LUMPUR 25 Dis. – Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti berjumlah RM100,916,600 kepada para peneroka di tanah rancangan di seluruh negara mulai Januari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.
Katanya, 94,281 peneroka yang menghantar hasil ke Felda dari Januari hingga Oktober tahun ini akan menerima bayaran RM400 (minimum) dan RM1,200 (maksimum) bergantung kepada jumlah penghantaran hasil.
“Kerajaan berharap pemberian bonus ini menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing pada masa hadapan.
“Pada masa sama, saya juga ingin mengajak semua peneroka menyertai program bersama Felda selaras usaha berterusan agensi ini untuk meningkat pendapatan peneroka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas jumlah penerima bonus, Najib berkata, ia melibatkan 83.7 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka manakala baki 18,354 peneroka tidak layak menerimanya kerana tidak menghantar hasil kepada Felda.
Selain itu, jelas Perdana Menteri, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil kepada Felda serta hasil kurang daripada jumlah minimum ditetapkan, juga tidak layak menerima bonus itu.
Najib memberitahu, bagi peneroka sawit, kelayakan minimum menerima bonus ialah 8.01 tan per hektar manakala ganjaran maksimum membabitkan hasil lebih 17 tan per hektar dan ke atas.
Bagi peneroka getah, beliau berkata, kelayakan minimum ialah 600.01 kilogram per hektar dan ganjaran maksimum akan diberi kepada peneroka yang menghantar hasil melebihi 1,400 kilogram per hektar.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menjelaskan, Felda memberi pertimbangkan khas dalam bentuk wang tunai RM400 kepada 2,000 peneroka yang prestasi hasilnya tidak memuaskan atas beberapa faktor munasabah.
“Mereka yang diberi pertimbangan khas ini ialah peneroka yang sedang menunggu proses tanaman semula, kawasan kebun diambil untuk tujuan pembangunan serta tanaman rosak akibat penyakit ganoderma dan serangan kulat,” katanya.

Tuesday, December 28, 2010

Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi?

 
4884631665 94cb541fd1 Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi?
Apabila membaca satu fakta daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh orang-orang SPRM, memang patut pun kedudukan indeks rasuah di Malaysia berada dalam kedudukan yang teruk di dunia. Kadang-kadang tersenyum kami sendiri melihat telatah mereka walaupun SPRM yang telah melalui beberapa “penjenamaan semula” dan transformasi tetapi rupanya masih ditakuk lama. Pada mulanya dikenali dengan Badan Pencegahan Rasuah kemudian diberikan “nafas baru” badan ini sehingga dikenali suruhanjaya yang diharapkan lebih bebas. Hakikatnya? Mentaliti serupa juga.
Mana pergi-perginya “jerung-jerung” yang sedang bebas berkeliaran di tepi pantai Malaysia. Tiada buat tangkapankah wahai SPRM? Kebalkah mereka? Sedangkan jerung-jerung inilah, yang bernilai lebih RM35,000 malah jutaan ringgit nilainya berdasarkan rekod jenayah yang mereka lakukan termasuk penyelewengan yang dibongkarkan satu demi satu sebelum ini.
Jerung kalau dibiarkan berkeliaran di pantai Malaysia, bahaya tak? Begitu juga kepada negara Malaysia apabila penjenayah seperti ini dibiarkan bebas di luar sana….
Lagi satu, kata pengarah SPRM, rekod tertinggi kes rasuah tahun ini ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB. Walhal statistik menganggarkan negara kerugian hampir RM10 bilion setahun angkara rasuah dan salah laku yang berkaitan dengannya. Namun, setakat bulan Ogos, SPRM berjaya merekodkan kes rasuah tertinggi sebanyak RM35 ribu. Kasihan……..
Baru-baru ini SPRM diberitakan akan menggunakan pendekatan Sun Tzu untuk memerangi rasuah di negara ini.
4885234214 ae160a7c00 Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi?
Yang lawaknya, kata pengarah tersebut: “Kami berharap  trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan  berterusan bagi membendung kegiatan rasuah.” Masalahnya orang sudah letih melaporkan salah laku pemimpin rasuah, namun, tindakan yang “SPRM mampu lakukan”?
SUBANG JAYA: Penangkapan berhubung kes rasuah di negara ini didapati  meningkat  dalam tujuh bulan pertama tahun ini dengan sekurang-kurangnya  520 individu termasuk penjawat awam ditahan membabitkan pelbagai   kesalahan.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Mustafar Ali, berkata peningkatan angka itu berbanding 500 individu  sepanjang tahun lalu disebabkan kesedaran awam memerangi rasuah lalu  melaporkan kepada SPRM mengenai sebarang cubaan rasuah. Beliau  berkata, daripada 520 yang ditahan dari awal Januari hingga Julai tahun  ini, lebih 300 daripadanya adalah pemberi rasuah di kalangan orang awam  dan sektor swasta. Menurutnya, sehingga tahun ini, 117  individu sudah dituduh ke mahkamah berbanding 176 sepanjang tahun lalu  membabitkan 46 penjawat awam dengan selebihnya orang awam serta sektor  swasta.
“Jumlah rasuah tertinggi bagi tahun ini direkodkan ialah  kes rasuah  RM35,000 oleh seorang pengurus syarikat kepada Tenaga Nasional  Berhad (TNB) untuk mengurangkan bayaran elektrik.”  “Trend penangkapan  terkini  dilihat kepada pemberi rasuah berbanding penerima rasuah  berikutan kesedaran awam melaporkan kes kepada SPRM.”  HARIAN METRO
Maksudnya SPRM punya KPI ini masih rendah lagi. Ala-ala nilai kes rasuah tersebut melibatkan sebuah kereta Viva sahaja. Mungkinkah SPRM tak cukup bajet untuk “membeli pukat yang lebih besar” dan apabila cukup peralatan SPRM, beranikah mereka untuk menangkap jerung-jerung besar di luar sana

Monday, December 27, 2010

SPRM Pulau Pinang tahan dua pegawai kerajaan

 

 LATIFAH  menunjukkan laporan tangkapan dua penjawat awam yang ditahan di dua lokasi berasingan di Georgetown, semalam.
LATIFAH menunjukkan laporan tangkapan dua penjawat awam yang ditahan di dua lokasi berasingan di Georgetown, semalam.
Pengarah, pengurus didakwa terima rasuah, buat tuntutan palsu

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang pengarah jabatan kerajaan dan seorang pengurus kanan sebuah agensi kerajaan negeri kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah di sini, semalam.
Suspek pertama yang berusia 44 tahun ditahan di Pejabat SPRM di sini, pada jam 10 pagi, manakala pengurus kanan yang berusia 53 tahun itu ditahan di bandar ini, kira-kira jam 1 tengah hari.
Bagaimanapun, kedua-dua kes berkenaan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, berkata ketua jabatan kerajaan Persekutuan berkenaan ditahan kerana didakwa menerima rasuah sebanyak RM16,325 sebagai deposit membeli kenderaan daripada seorang kontraktor pembaikan dan penyelenggaraan pejabat.

Katanya, pengarah terbabit yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai kakitangan kerajaan termasuk bertugas di Pulau Pinang kira-kira dua tahun lalu, didakwa melakukan kesalahan itu pada 2008 dan 2009.

“Kesalahan terbabit didakwa berlaku di Kulim, Kedah, dan dia dijangka dihadapkan ke mahkamah di Sungai Petani, Kedah, esok (hari ini),” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 17A Akta Suruhanjaya SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Latifah berkata, pengurus kanan agensi kerajaan negeri berkenaan pula didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM5,700, sekitar Ogos 2006.

Suspek yang bertanggungjawab terhadap kewangan perbadanan itu, didakwa membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan peralatan berkaitan perakam waktu sedangkan peralatan berkenaan tidak pernah dibekalkan kepada agensi berkenaan.

Dia disiasat mengikut Seksyen 11C Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang membawa denda lima kali nilai suapan dan penjara sekurang-kurangnya 14 hari dan maksimum 20 tahun.

“Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah di sini, esok (hari ini),” katanya yang berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat kepada SPRM berkaitan kedua-dua kes berkenaan.

Sunday, December 26, 2010

Dua beradik peluk kekasih



KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Friday, December 24, 2010

Khir Toyo 'sindir' menteri jaga makmal, jaga letrik

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo menimbulkan persoalan sama ada penjelasan kerajaan, terutama berhubung kenaikan kos sara hidup berjaya menyakinkan rakyat.

NONE"Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada BN?

"Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi," katanya.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohd Khir juga berkata, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan.

"Saya percaya jentera kerajaan terutamanya menteri 'jaga makmal' boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan (cukai) GST.

penang pakatan convention 211110 front"Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa menteri 'jaga letrik' mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

"Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat," katanya dengan nada menyindir.

Beliau menimbulkan perkara itu selepas menyuaraka kebimbangannya terhadap janji terbaru Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dikeluarkan semasa konvensyennya sebelum ini.

Katanya, walaupun sebahagian janji tersebut tidak realistik, namun boleh mempengaruhi undi rakyat, terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

"BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu 'bread and butter' sebagai tanda aras kepuasan mereka.

"Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh saman ekor," katanya

Wednesday, December 22, 2010

Sindiket perdaya pengguna berkeliaran di Rawang

PENJUAL telefon  bimbit (tengah) mendekati pelanggan di pinggir jalan pekan Rawang.

PENJUAL telefon bimbit (tengah) mendekati pelanggan di pinggir jalan pekan Rawang.
 
RAWANG: Pengguna yang tidak berhati-hati mungkin mudah tertipu dengan tindakan beberapa lelaki yang menjual telefon bimbit berjenama berharga murah yang berkeliaran di sekitar bandar ini.
Dengan menjadikan pelanggan beberapa pasar raya di sini sebagai mangsa mereka, lelaki terbabit akan terus memujuk rayu bagi memastikan telefon bimbit yang tidak diketahui dari mana asalnya itu dapat dijual.
Seorang pekerja swasta, Mohd Shafik Hambali, 25, berkata beliau hampir menjadi mangsa lelaki terbabit apabila cuba didekati mereka, baru-baru ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit menawarkan satu unit telefon bimbit jenama terkemuka yang dikatakan masih baru dan mempunyai pelbagai aksesori dengan harga RM150.

"Penjual itu enggan memberitahu dari mana mereka memperoleh bekalan telefon bimbit terbabit, tetapi hanya menyatakan peralatan itu tahan lama dan ramai sudah membelinya,” katanya kepada Sentral.

Katanya, beliau menolak tawaran lelaki terbabit yang turut menurunkan harga daripada RM150 kepada RM100 bagi satu unit telefon bimbit kerana tidak mahu menjadi mangsa penipuan.
“Ini berikutan sebelum ini rakan saya pernah mengalami kerugian lebih RM200 selepas membeli telefon bimbit terbabit.

“Telefon bimbit yang dibeli rakan saya itu hanya boleh digunakan selama dua hari, sebelum rosak. Telefon bimbit terbabit juga tidak boleh dibaiki ketika dihantar ke kedai,” katanya.

Muzaffar Ishak, 32, berkata, kegiatan kumpulan lelaki terbabit dikesan sejak dua minggu lalu dan mungkin ramai pengguna sudah menjadi mangsa.

“Harga yang ditawarkan mungkin mencairkan hati kita dan kalau tidak berfikir panjang pasti akan membelinya,” katanya.

Suri rumah, Sharifah Hayati Munir, 45, berkata orang ramai juga rimas dan kurang selesa kerana sering diganggu kumpulan lelaki terbabit ketika hendak membeli-belah di pasar raya di bandar ini.

"Saya bimbang ramai pengguna yang tertipu dan akan berputih mata selepas membeli telefon bimbit murah itu yang tidak berdaftar di mana-mana syarikat telekomunikasi sah.

"Keselamatan pengguna pasar raya juga terancam apabila sering didatangi kumpulan lelaki terbabit," katanya

Monday, December 20, 2010

KEMALANGAN BAS >KM 15,Jln Cameron Highland-Simpang Pulai

Hari ini .. kemalangan bas yang berlaku di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, disifatkan yang paling dahsyat dalam sejarah negara, dimana mengorbankan 28 nyawa. Kebanyakkan penumpang yang menaiki bas pesiaran ini merupakan pelancong yang datang dari Thailand.


Kemalangan yang paling dahsyat dalam sejarah negara ..

Kemalangan yang berlaku pada 11.10 pagi tadi .. menyebabkan 22 orang mati ditempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Bas dua tingkat, milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, dikatakan membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.



Ketika kejadian .. bas yang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur .. dipercayai untuk menghantar pelancong yang akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. Ketika dilokasi .. pemandu bas dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang. Identiti dan jantina mangsa yang terbunuh masih belum dapat dikenal pasti.



Berikut adalah senarai nama mangsa kemalangan bas di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Sunday, December 19, 2010

DAP akan pertahan Islam dalam Perlembagaan

 

 

 

 

 

13 Muharram 1432H.

KEPAQLA BATAS : Pengerusi DAP, YB. Karpal Singh menegaskan bahawa Pakatan adalah pakatan yang kuat.PAS adalah parti yang berdisplin di mana tidak ada yang undur, DAP ada, PKR pun ada . Penegasan itu diucapkan dalam ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau juga menegaskan Perlembagaan memutuskan Islam adalah agama resmi dan DAP akan mempertahankan itu sehabis-habisnya.

Menurutnya juga yang paling berrhak mempertahankannya ialah PAS.
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab BN mengexploitasi isu ini. Kalau nak Isukan ia adalah hak "Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi" katanya.

Mungkin merujuk kepada muzakarah yang hanya boleh menyelesaikan polimik tentang negara Islam yang dipermainkan oleh UMNO.

"Kami akan menang besar. sesiapa yang salah guna kuasa, siapa yg bagi perlindungan kepada pimimpin BN selepas itu akan dituduh dalam mahkamah, dan kami tidak akan lepaskan mereka. Ini adalah merupakan amaran kepada Rosmah." katanya lagi sambil menerima tepukuan gemuruh dari semua yang hadir.

Ucapan karpal Singh pada hari ini nampaknya menyelesaikan polimik negara islam yang sering dipermainkan oleh pemimpin UMNO dan BN sebelum dari ini.

Kenyataan terbaru ini juga dilihat sebagai ucapan yang memperkuatkan dan mengukuhkan Pakatan Rakyat
Posted by Picasa

Friday, December 17, 2010

PAKATAN AKAN BUKTIKAN IA LEBIH BAIK DARIPADA BN

Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadual Ahad ini akan cuba membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan parti pembangkang itu adalah alternatif yang lebih baik daripada BN, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mujahid Yusof.

NONEMenurut Mujahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa penganjuran konvensyen itu, persidangan yang bertemakan "Ubah Sekarang" antara lain akan membincangkan mengenai isu dan membentuk pandangan Pakatan berhubung isu Melayu, federalisme, dan keadilan dalam pengagihan ekonomi rakyat.

Katanya perkara berkenaan akan dibincangkan oleh ketiga-tiga presiden parti - PAS, DAP dan PKR - dalam konvensyen sehari di Dewan Millenium, Kepala Batas.

"Ia merupakan peluang kepada Pakatan untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Tujuan utama kita, sekiranya Pakatan berkuasa, kita akan cuba meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 berbanding RM3,500 sekarang ini," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

penang pakatan convention 211110 03Mujahid - yang merupakan anak bongsu bekas presiden PAS Yusof Rawa, berkata yang penting dalam konvensyen itu ialah Pakatan akan membincangkan konsep ketuanan Melayu dan isu yang berkaitan dengannya.

Katanya, Pakatan juga mahu memperkasakan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa mengganggu hak kaum yang lain.

"Definisi tersebut berlainan daripada konsep "ketuanan Melayu" seperti mana yang tersebar luas. Tambahan pula, kita berharap konsep Pakatan tentang federalisme, di mana kekayaan negara dapat diagihkan dengan adil, dapat menarik minat rakyat (bersama Pakatan)," katanya.

azlan"Rakyat Sabah dan Sarawak pastinya mengenal diri mereka dengan objektif, kami ingin meningkatkan pendapatan isi rumah. Pandangan kami mengenai federalisme bakal menjadikan Pakatan sebagai alternatif kepada rakyat," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Konvensyen kali kedua - selepas berlangsung kali pertama di Selangor yang mana ia membincangkan rangka polisi umum bagaimana ketiga-tiga parti itu dapat berkerjasama.

penang pakatan convention 211110 audience 02Kira-kira 1,800 perwakilan - 600 peserta dari setiap parti - bakal bersidang hujung minggu ini. Selain itu, orang ramai juga akan berpeluang melihat pameran mengenai pencapaian dan kejayaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat temasuk Perak dan Terengganu pada 1999.

Thursday, December 16, 2010

Nik Aziz derma satu pertiga simpanan kepada PAS

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam usaha memperjuangkan Islam.
NONE"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Kota Bharu, hari ini.
Mursyidul Am Pas itu berkata, tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.

Nik Aziz berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.

"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.
azlanMenurut Nik Aziz, beliau juga tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menimbulkan masalah kepada pentadbiran PAS Kelantan diterajuinya.

"Soal menantu saya nak ambil tindakan itu dia punya pasal. Saya tidak bercadang nak ambil apa-apa tindakan balas, cukuplah mereka insaf dan kesal dengan perbuatan itu," katanya.

Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu.

Monday, December 13, 2010



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPx8jwrYDloAerwhPhetB-8KuxcCa4bgxeejH2hm2iiFzQVKNrOtkCcvsKtKKbNXltuBEFpPCHZibXiHZ_gDahFrHnPhVti0q8GsanE-hPzHJagLpdY4zpJpH4ejtiy5J-pwzKi-6yIWk/s1600/Datuk+Dr+Fadzilah+Kamsah2.jpg
Kenyataan Harian Metro Sabtu, 11 Disember 2010

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.

“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.

“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.

“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.

Ulasan Ustaz Nur Amin

Saya kurang bersetuju dengan pendapat pakar motivasi tersebut, kerana pakar motivasi tersebut bukan berasal dari orang yang belajar agama atau bidang agama, dia hanya pakar motivasi biasa sahaja dan tahu sedikit sebanyak tentang agama. Banyak hujah-hujahnya yang saya tidak setuju seperti dia mengatakan bahawa adanya bohong sunat, sebenarnya dalam Islam tiada bohong sunat, hanya ada helah. Bohong sunat itu disandarkan kepada sunnah Nabi Muhammad saw. Jadi hal ini bertentangan dengan sifat nabi iaitu benar dan amanah. Terbaru dia mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan masalah pelacuran atau GRO dengan mengatakan bahawa boleh teruskan dengan sebab dharurat untuk mendapatkan sedikit sebanyak duit penyaraan anaknya nanti.

Islam tidak pernah meredhoi atau menghalalkan zina walaupun dalam keadaan dharurat sekalipun. Kaedah Fiqh dua perkara yang tidak boleh dilakukan ketika dharurat iaitu membunuh atau bunuh diri dan berzina. Jadi jelas di sini tiada istilah halal melacur atau GRO untuk menyara kehidupannya. Kalau dilihat dari sudut keupayaan dan tenaga pelacur tersebut, masih sihat dan bertenaga lagi untuk membuat kerja-kerja yang halal, seperti basuh pingan, kilang, pengawal, peminta sedekah, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Kenapa pulak pakar motivasi tersebut mengatakan dharurat, sepatutnya pakar motivasi tersebutlah yang membantunya memberikan pekerjaan atau wang zakat untuk mengelakkan dirinya terus bergelomang dalam dosa sebab pakar motivasi tersebut adalah jutawan (sindiran semata-mata).

Tidak sesuai kes-kes agama dirujuk kepada pakar motivasi yang jelas bukan dari orang yang ahli agama, sepatutnya kes seperti ini dirujuk kepada orang agama supaya pendapat yang diberikan tidak menyimpang jauh dari syarak. Saya harap pakar motivasi tersebut rujuklah dahulu kepada orang yang pakar agama supaya hujah-hujahnya mempunyai sandaran atau sanat yang teguh dan tidak menyimpang jauh. Hal agama bukan boleh dimain-mainkan, kerana ia mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala. Pakar motivasi tersebut perlu membuat kenyataan susulan atas kesilapannya dahulu, supaya masyarakat yang membaca kenyataannya di Harian Metro 11 Disember 2010 tidak dijadikan pegangan ataupun hujah

Saturday, December 11, 2010

09 Disember 2010

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 3)

03 Muharam 1432H
Oleh : Topeng Perak® Unmasked

21. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

22. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak) agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

23. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek Kerajaan Negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku-janji yang ditandatanganinya dihadapan Sultan Selangor.

24. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn. Bhd. melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

25. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat EXCO ke 25/2001 pada 26hb. September, 2001 tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya.

26. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Mercedes S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytiharan kepentingannya.

27. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat EXCO dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat EXCO yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh EXCO lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota EXCO sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap EXCO duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “EXCO Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

28. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn. Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

29. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang Kerajaan Negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak buat kroni dan suku-sakatnya.

30. Mengeksploit Mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran EXCO lain. Mesyuarat EXCO esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas Penasihat Undang-Undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat EXCO.

09 Disember 2010

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 2)

03 Muharam 1432H
Oleh : Topeng Perak® Unmasked

11. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb. November, 2000 dan 4hb.

Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan mendapat tanah seluas 100 ekar setiap orang iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

12. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun iaitu Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah dan Azril Yusri. Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir.

Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum EXCO meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

13. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

14. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat 50%.

15. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

16. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi dikawasannya di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau melalui akhbar Malay Mail pada 15hb.

Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn. Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

17. Pada 17hb.-18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah seluas 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen Pilihan Raya 1999 dahulu.

18. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km. yang bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal yang tidak boleh melebihi RM40 juta dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

19. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua UMNO Tanjong Karang, JAKS Sdn. Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang.

Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa keuntungan yang dikaut oleh JAKS?

20. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

Friday, December 10, 2010

Protes naik harga, tiga siswa ditahan

  Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.
student protest arrestMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.
Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.
Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.
Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

students protest against price hike in putrajaya another arrestSeorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.
Diarahkan bersurai
Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.
Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.
students protest against price hike in putrajaya pm's department
Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Ridzuan dan Shukri ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditangkap di hadapan IPD Putrajaya.
Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Mstudents protest against price hike in putrajaya policeemorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.
Jaminan polis

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
students protest against price hike in putrajaya crowdPada jam 6.15 petang tadi, peguam ketiga-tiga mahasiswa yang ditangkap itu, Puspawati Rosman memberitahu Malaysiakini, semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis setelah disoal-siasat hampir empat jam.

“Mereka diminta melaporkan diri semula ke IPD Putrajaya pada 23 Disember ini,” katanya.
Puspawati berkata setakat ini belum ada dakwaan khusus dikenakan ke atas ketiga-tiga anak guamannya.
Selain Puspawati, ketiga-tiga mahasiswa itu juga diwakili oleh seorang lagi peguam mereka, Haijan Omar.
Sikap sebenar PKR dan DAP terhadap Pas

Oleh Zulkiflee Bakar

SELAMA ini apabila Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan yang dilihat menyokong pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, beliau pasti akan disokong oleh pemimpin kedua-dua parti berkenaan.

Biarpun kadang kala kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dilihat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin Pas tetapi oleh kerana ia memihak kepada PKR dan DAP, maka beliau akan dibela.

Tetapi dalam isu cadangan melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri kalau mimpi pembangkang menawan Putrajaya menjadi kenyataan Nik Abdul Aziz menerima layanan sebaliknya.

Ia hanya kerana apabila Mursyidul Am Pas tersebut menegaskan, Kit Siang boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Penasihat DAP itu menjadi seorang muslim yang taat.

Anwar menganggap itu kenyataan peribadi Nik Abdul Aziz dan mempertahankan hak Kit Siang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Di pihak DAP pula, Karpal Singh dalam satu kenyataan meminta Nik Abdul Aziz mengkaji peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pendek kata, kedua-dua parti itu yang selama ini dilihat sudah lama memperkotak-katikkan Pas demi kepentingan politik mereka menolak menentang kenyataan Nik Abdul Aziz.

Pendirian PKR dan DAP ini seharusnya memberikan pengajaran bukan sahaja kepada Pas tetapi juga Nik Abdul Aziz bahawa kedua-dua parti itu sama sekali tidak akan bersetuju dengan sebarang pandangan Pas jika ia menyentuh kepentingan mereka.

PKR dan DAP hanya ingin memperalatkan Pas bagi meraih undi demi mencapai cita-cita mereka untuk menguasai Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mereka tidak pernah mahu menghormati pendirian Pas apatah lagi jika menyentuh soal-soal Islam.

Pas bukannya tidak mengetahui perkara ini tetapi sengaja melupakannya demi menjaga hati kedua-dua parti tersebut. Tetapi dalam masa yang sama PKR dan DAP tidak pernah mempunyai niat sedemikian.

Bagi mereka, Pas hanya perlu menyokong sahaja apa juga yang dicadang atau dilaksanakan oleh PKR dan DAP. Dalam bahasa mudah, Pas hanya layak menjadi ‘pak turut’, bukannya memberi cadangan atau menentang tindakan kedua-dua parti berkenaan.

Mungkin penyokong-penyokong Pas tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi itulah hakikat yang perlu mereka terima.

Pas tidak akan berupaya melakukan apa-apa selagi bekerjasama dengan PKR dan DAP. Kalaulah dalam soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri pun Pas tidak boleh memberi pandangan, apatah lagi isu-isu lain.

Kita juga seharusnya tidak terkejut dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas bahawa mereka tidak dibawa berbincang berhubung soal pelantikan itu.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas harus bertindak jujur dan bertanya sesama sendiri sejak bila pula PKR dan DAP mendapat pandangan Pas sebelum membuat sesuatu kenyataan atau tindakan?

Sebagai contoh dalam isu pilihan raya bagi memilih ahli majlis daerah seperti mana dicadangkan oleh DAP di Selangor baru-baru ini, ia juga tidak diketahui oleh Pas tetapi atas nama pakatan mereka dipaksa untuk menyetujuinya.

Semua ini sudah menampakkan ketidakjujuran kedua-dua parti itu dalam bersahabat dengan Pas.

Kita juga tidak harus lupa bagaimana DAP menentang perjuangan Islam yang cuba dibawa oleh Pas dan demi kepentingan bersama Pas seolah-olah sudah tidak lagi berani bercakap soal itu.

Satu lagi fakta yang tidak harus dilupakan oleh PKR dan DAP atau mungkin di kalangan sesetengah pemimpin Pas ialah Pas bukanlah calang-calang parti.

Justeru apabila Anwar lebih mengutamakan Kit Siang berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jelaslah sudah ada hasrat tersembunyi untuk memastikan dalam pilihan raya umum akan datang, Pas tidak akan diberi kerusi melebihi apa yang bakal diperolehi oleh PKR dan DAP.

Maknanya, Pas akan ditentukan berada pada kedudukan ketiga di kalangan parti-parti pembangkang bagi membolehkan PKR dan DAP menguasai semua jawatan penting dalam kerajaan jika pembangkang merampas tampuk pemerintahan negara.

Mungkin bagi pemimpin Pas apa yang lebih penting sekarang ialah menang dulu pilihan raya barulah bercakap soal kedudukan tetapi mesej yang boleh dipelajari oleh Pas ialah sudah ada kecenderungan oleh Anwar untuk mengutamakan DAP dalam apa juga segi.

Semua ini perlu disedari oleh Pas supaya dalam pilihan raya umum akan datang parti itu tidak diibaratkan seperti melukut di tepi gantang dan akhirnya mengakibatkan ‘yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.’

Kerajaan Pas cuai disaman RM1b

KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Akibat kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003, kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu).
Keputusan yang memihak kepada syarikat berkenaan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda dalam penghakiman 27 Oktober lalu.
Pengarah Riyapadu, Ally Azwin Datuk Abdul Hamid berkata, keputusan penghakiman berkenaan telah membuktikan ‘kezaliman’ yang dilakukan kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003.
“Alhamdulillah Allah telah berikan keadilan pada hari ini, kami bersyukur,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Menurut Ally Azwin, berdasarkan penghakiman itu, pihaknya yakin berjaya memperoleh bayaran RM1 bilion seperti mana yang dituntut berhubung kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri ketika itu berkaitan konsesi pembalakan di Empangan Kedua Hulu Terengganu.
Ally Azwain berkata, mahkamah dalam keputusannya memerintahkan defendan (kerajaan Terengganu) mengembalikan wang RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif (Riyapadu) pada 2003 bagi bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,587 hektar.
Katanya, mahkamah juga memerintahkan bayaran faedah RM7.55 juta pada kadar faedah empat peratus setahun manakala baki deposit bagi bayaran lesen dan cukai balak pula sebanyak RM166,432.86 yang dibayar kepada plaintif.
“Hakim juga putuskan plaintif berhak dapat bayaran keuntungan hasil kawasan balak seluas 1,200 ekar (486 hektar) yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan konsesi yang diserahkan kepada Riyapadu,” katanya.
Pada Disember 2007 lalu, Riyapadu memfailkan saman RM1 bilion terhadap kerajaan negeri berikutan tindakan menamatkan perjanjian konsesi balak dengan syarikat itu.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini selepas syarikat tersebut mendakwa perjanjian konsesi mengambil hasil hutan pada 2003 itu ditamatkan secara tidak sah.
Ia membabitkan perjanjian antara syarikat tersebut dengan kerajaan negeri untuk mengambil hasil hutan di kawasan kira-kira seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.
Mengulas lanjut, Ally Azwin berkata, keputusan mahkamah tersebut juga mendedahkan kecuaian kerajaan Pas Terengganu ketika itu yang bertindak menamatkan kontrak selain menarik balik lesen sesudah perjanjian dibuat.
“Kerajaan Pas ketika itu bukan saja mungkir janji malah telah melakukan pembohongan dan penyelewengan fakta terhadap sebuah syarikat bumiputera,’’ katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semasa diminta mengulas keputusan mahkamah itu berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan rayuan memandangkan mereka perlu bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut.

Proton Tuah (next generation persona)

>> Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Kasturi, Proton Lekir , Proton Lekiu
Proton Tuah (next generation persona)




Proton Jebat




Proton Kasturi









Proton Lekir







Proton Lekiu







Sumber paultan.org, taufic dari CG
Berikut adalah senarai kereta baru dan kereta konsep yang bakal muncul pada KLIM 2010 hari ini.
Proton Tuah – kereta konsep, kemungkinan besar ini adalah pengganti Persona.



Proton Lekir – ini adalah Lotus Europa yang dilencanakan semula sebagai Proton Lekir



Proton Lekiu – sebuah mpv yang dibina untuk pelanggan Proton dari China iaitu Youngman.


Proton Kasturi – facelift Saga BLM yg dilancarkan di Thailand 3 hari lepas


Proton Jebat – Mitsubishi Lancer yg dilencanakan semula oleh Proton


Yang ini ialah logo baru R3

dan akhir sekali Satria Neo R3 konsep