Tuesday, December 28, 2010

Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi?

 
4884631665 94cb541fd1 Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi?
Apabila membaca satu fakta daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh orang-orang SPRM, memang patut pun kedudukan indeks rasuah di Malaysia berada dalam kedudukan yang teruk di dunia. Kadang-kadang tersenyum kami sendiri melihat telatah mereka walaupun SPRM yang telah melalui beberapa “penjenamaan semula” dan transformasi tetapi rupanya masih ditakuk lama. Pada mulanya dikenali dengan Badan Pencegahan Rasuah kemudian diberikan “nafas baru” badan ini sehingga dikenali suruhanjaya yang diharapkan lebih bebas. Hakikatnya? Mentaliti serupa juga.
Mana pergi-perginya “jerung-jerung” yang sedang bebas berkeliaran di tepi pantai Malaysia. Tiada buat tangkapankah wahai SPRM? Kebalkah mereka? Sedangkan jerung-jerung inilah, yang bernilai lebih RM35,000 malah jutaan ringgit nilainya berdasarkan rekod jenayah yang mereka lakukan termasuk penyelewengan yang dibongkarkan satu demi satu sebelum ini.
Jerung kalau dibiarkan berkeliaran di pantai Malaysia, bahaya tak? Begitu juga kepada negara Malaysia apabila penjenayah seperti ini dibiarkan bebas di luar sana….
Lagi satu, kata pengarah SPRM, rekod tertinggi kes rasuah tahun ini ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB. Walhal statistik menganggarkan negara kerugian hampir RM10 bilion setahun angkara rasuah dan salah laku yang berkaitan dengannya. Namun, setakat bulan Ogos, SPRM berjaya merekodkan kes rasuah tertinggi sebanyak RM35 ribu. Kasihan……..
Baru-baru ini SPRM diberitakan akan menggunakan pendekatan Sun Tzu untuk memerangi rasuah di negara ini.
4885234214 ae160a7c00 Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi?
Yang lawaknya, kata pengarah tersebut: “Kami berharap  trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan  berterusan bagi membendung kegiatan rasuah.” Masalahnya orang sudah letih melaporkan salah laku pemimpin rasuah, namun, tindakan yang “SPRM mampu lakukan”?
SUBANG JAYA: Penangkapan berhubung kes rasuah di negara ini didapati  meningkat  dalam tujuh bulan pertama tahun ini dengan sekurang-kurangnya  520 individu termasuk penjawat awam ditahan membabitkan pelbagai   kesalahan.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Mustafar Ali, berkata peningkatan angka itu berbanding 500 individu  sepanjang tahun lalu disebabkan kesedaran awam memerangi rasuah lalu  melaporkan kepada SPRM mengenai sebarang cubaan rasuah. Beliau  berkata, daripada 520 yang ditahan dari awal Januari hingga Julai tahun  ini, lebih 300 daripadanya adalah pemberi rasuah di kalangan orang awam  dan sektor swasta. Menurutnya, sehingga tahun ini, 117  individu sudah dituduh ke mahkamah berbanding 176 sepanjang tahun lalu  membabitkan 46 penjawat awam dengan selebihnya orang awam serta sektor  swasta.
“Jumlah rasuah tertinggi bagi tahun ini direkodkan ialah  kes rasuah  RM35,000 oleh seorang pengurus syarikat kepada Tenaga Nasional  Berhad (TNB) untuk mengurangkan bayaran elektrik.”  “Trend penangkapan  terkini  dilihat kepada pemberi rasuah berbanding penerima rasuah  berikutan kesedaran awam melaporkan kes kepada SPRM.”  HARIAN METRO
Maksudnya SPRM punya KPI ini masih rendah lagi. Ala-ala nilai kes rasuah tersebut melibatkan sebuah kereta Viva sahaja. Mungkinkah SPRM tak cukup bajet untuk “membeli pukat yang lebih besar” dan apabila cukup peralatan SPRM, beranikah mereka untuk menangkap jerung-jerung besar di luar sana

No comments:

Post a Comment